Saturday, January 28, 2012

Hommie

Rumahku syurgaku


Disini tempat aku dibesarkan…disini tempat tidur..disini jualah tempat bermain. Rumah yang menjadi saksi setiap perlakuan..kemesraan terjalin bersama adik beradik.


Begitu banyak kenangan..datuk dan nenek rajin kemari menjagaku. Terlalu teruja dengan kedatangan mereka.aku menunjukkan semua barang2 yang ada dalam peti ais..lalu terjatuh pecah satu botol kicap,aku tergamam tetapi digelakkan oleh mereka..nenek terus mengambil kain lalu mengelapkan tumpahan tersebut..kini mereka sudah tiada..aku hanya tersenyum ditempat terjadinya situasi manis itu..


Rumah yang menjadi tempat beribadat bersama ketua keluarga..iaitu Abah..yang mengetuai kami anaknya bersama bonda seiring solat dan bersalaman apabila selesai . Saat dimana menyentuh hati pabila cium tangan ayahanda dan bonda tercinta dan hanya senyum sinis dan ketawa pula pabila cium tangan kakakku.


Rumah yang dijadikan tempat rehat dan persinggahan kawan2 sebelum dan selepas waktu persekolah.mana taknya..hanya beberapa langkah sahaja sudah sampai ke sekolah menengahku. Segala tangisan dan kisah suka duka bercampur dalam suatu ruang yang menjadikan aku dewasa.


Disini lah tempat aku mencuba segala jenis gaya habis bertaburan ke lantai rambut yang dipotong. Dinding yang kini bersih ditutupi cat berwarna lembut dahulunya tempat luahan karya lukisan...ayahku seorang penyabar..dalam rumah juga adalah studio gym buatku..tong gas dan baldi diangkat tanpa sebarang kos untuk membentuk badan yang sasa.


Dapur pula menjadi tempat aku berlagak menjadi chef professional..selesai masak pasti di marahi oleh kakak dan mak kerana meninggalkan kuali dan segala perkakas sepah tak terurus.namun sedikit tak menjejas masakan yang sedap aku hasilkan.


Kini aku seakan konservatif dengan keadaan dan susun atur rumah kerana terlalu sayangkan suasana selesa sejak kecil lagi..rumahku tidaklah besar..tidaklah mewah dengan barang perhiasan cuma nilai jiwa yang terdapat dalamnya membuatku menjadi seorang yang suka meluangkan banyak masa dirumah sahaja.




fmy

Saturday, October 29, 2011

Embun


Cinta embunan pagi
mainan sambil lewa
lajak lewat konfrontasi
sejuk tegak bulu roma
helah sudah sebati
katakan segar mata
kimia terjalin kini
bagai punya dunia
fmy

Monday, September 26, 2011

Usang


Keheningan cuma menjeling
senyuman tambah kerutan
pudar pukau mata layuan
basahan kain sudah kering
fmy

Wednesday, August 3, 2011

Redha

Quran : "Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman".(Surah Ali Imran ayat 139)

Friday, July 8, 2011

Dynamite

Tedung berketuk dalam tanah

Mana bisa susah kena

Senjata buruk tak asah

Siapa kemudian putih mata

Ayam kuning terlalak-lalak

Tersalah makan marah emak

Apa dikutip pisang nak tumbang

Hak tiada bahasa pun kurang


fmy

Wednesday, May 25, 2011

Caps lock


Buat seni
Bukan peperangan
Tiada menatapi
Lakukan tangisan
Buat kawan
suatu diperlukan
baik juga untuk dijadi

fmy

Tuesday, May 24, 2011

Pheww~

Thanks to Allah S.W.T...Alhamdulillah.. :)

Saturday, April 9, 2011

Acanthion


Ciptaan Tuhan

Maha Seni dan Maha Agung

Sebijak manusia takkan mampu

Membina walau seakan-akan

Dunia sudah terasa banyak nikmatnya

Walau tak setanding kelak di syurga

Membayangkan tak tercapai dek akal

Teruja akan kesamarannya

Suatu tempat asal kita semua

fmy

Monday, February 7, 2011

Hibernasi

FOCUS FOCUS FOCUS..insyallah will success.AMIN :)
currently hibernate myself..fasting of any 'huha huha' things.


*Follow me on twitter/phirdote

Sunday, February 6, 2011

Absorptive


Hendak henti

Tak terhenti

Lebih lebih

Terus terlebih

Bayang sendiri

Cumalah bayang

Hendak bercakap

Bercakap sendiri


fmy

Wednesday, January 12, 2011

Inc

Pernikahan merupakan peristiwa penting dalam kehidupan seseorang yang bakal menamatkan zaman bujang dan memulakan perkongsian kasih untuk hidup bersama pasangan tercinta. Mereka yang sering terlibat dalam penyediaan majlis ini bersedia menghabiskan banyak wang memastikan segala dilakukan dengan sempurna dan teratur.

Kreativiti dan inovasi dalam industri perniagaan semakin pesat, terimbas kenangan lama dimana I hadirkan diri ke majlis perkahwinan, servis katering contohnya merupakan cara baru pada waktu itu beralih kepada 'trend' dan menjadi kebiasaan pula dalam masyarakat sekarang.
Hari ini, seorang perancang perkahwinan bukanlah suatu yang masih hangat diperkatakan tetapi kerjaya ini bagaikan tumbuh bak cendawan yang segar dan boleh dimasak serta sedap dimakan, yang berperanan membantu dalam penyediaan majlis samada pernikahan atau pertunangan mengikut kesesuaian dan budget yang dilaburkan. Mereka inilah yang nanti akan mengenalpasti keperluan bakal pengantin seperti memerlukan perkhidmatan jurugambar, katering, gubahan bunga segar/palsu, pelamin, dewan, hantaran, busana, hiasan dalam suatu tempoh penyiapan melalui penyediaan kontrak persetujuan antara bakal raja sehari.
* tempoh hari I join one of the team untuk promote and persuade bakal pengantin lalu mendapat sedikit sebanyak gambaran dan pengalaman menjadi seorang wedding planner.tetiba rasa nk kawen tak cukup duit pulak.haha :)
fmy

Wednesday, December 15, 2010

kosiswa

Dalam mood menjadi usahawan berjaya, today i update this blog to story mory...

Terdiri daripada lima usahawan amatur, kami melangkah masuk ke bangunan UniKL di Kg Baru,
dengan penuh yakin.tempat dimana suatu pertandingan dianjurkan dengan menawarkan hadiah lumayan dan aku layankan..

Mewakili Uitm secara bebas..kami membuat jual beli yg memberangsangkan..
Masih samar apakah ia...jualan tetap berlangsung hingga ke hari ini..

Jika terserempak dengan pasukanku...Phirdote sedia menawarkan harga menarik haha jyeahh! :D

*tade gamba plak nk tunjukkan situasi..takpe mari kita bayangkan ramai2.

That's all.nah~

Wednesday, December 8, 2010

Age


Hidup itu singkat
Tetapi kehidupan itu lama
Disini tak pernah puas
Hendak dipikul terlalu sarat
Bawa pulang bukan semua
Yang pasti akan terbalas

karya
fmy

Saturday, November 27, 2010

Nukilan Diri


Dulu ku tamakkan masa
Kini ku lah yang terlewat
Tangisi sendiri rasa pedih
Menyayat hati fikirkan sedih
Bangkitku daripada gagal lama
Keseorangan seronok tak sempat
Peringkat satu merangkak semula
Menyendiri perlahan duka terubat
Tiada siapa tahu dudukku dimana
Setiap hari cermin diri melihat
Ku yakinkan diri untuk terus kuat
Disamping dikasihi keluarga
Serta dihormati sahabat
Merendah diri tahuku siapa
Mencari suatu yang dicita

karya
fmy

Wednesday, November 24, 2010

Nukilan kata



Pembangunan luar biasa
Kagum mendongak kepala
Tinggi sayup maju bangga
Dinilai kemajuan jadikan tanda
Pemaju usahawan sakan berlumba
Terus gigih membina tangga
Berjaya siap dikritik pula
Oleh golongan pendek akalnya
Kutuk caci seburuk bahasa
Ada sahaja yang cacat cela
Apa nak buat daya manusia
Mahal murah tak terbayar harga
Apa dicemas apa terasa
Peniaga terus sapu untungnya
Juri setia duduk tempat sama
Memang dasar suka mengata
Akhirnya tidak kemana
Suatu hari samalah kita

karya
fmy

Sunday, November 14, 2010

Nukilan hempas



Hempas pintu kuatnya bunyi

Sepak terajang sepah kerusi

Berontak tanda tak sedap hati

Sakit akhirnya kaki sendiri


karya
fmy

Saturday, November 6, 2010

Nukilan konon



Pandang orang atas bawah

Paling muka ke kiri kanan

Tak merasa kaki jejak tanah

Tunjuk lagak kepada kawan

Keinginan mahu disembah

Dambar puji dan perhatian

Jelma penuh mencerah

Menjulang tinggi mengawan

Emas tak turun nilainya

Walau di longkang letaknya
karya
fmy

Tuesday, October 26, 2010

Nukilan Kehendak


Nak duit

Kena kerja

Nak kenyang

Kena makan

Nak mimpi

Kena tidur

Nak cinta

Kena sabar

Nak sihat

Kena senam

Nak syurga

Kena sembahyang

fmy

Friday, October 15, 2010

Peluru


Lambung duit cecah siling

Bunyi besi campur batu

Ke dapur buka lampu

Buka laci cari kopi

Masak air guna api

Bancuh ia pakai sudu

Hirup tiup cawan panas

Perlahan minum rasa puas

Ruang tamu lokasi setia

Tonton tv tengah malam

Seram sejuk bulu roma

Cerita semua nampak seram

Lantas tutup rasa tenang

Tarik tilam buka bentang

Badan sudah mula sengal

Hinggap kepala ke bantal

Lupa selimut dalam robok

Bangkit malas dipaksa jua

Baru teringat lupa rokok

Buang asap tingkap dibuka

Lama lepak ayam dah kokok

Tak sedar subuh hujung tanduk

Lekas lari ambil wuduk

Sarung kain pakai songkok

Hari baru rasa bahagia

Pabila yang wajib tetap jaga


fmy

Monday, August 23, 2010

Pesona


Pandang ke kiri
Pandang ke kanan
Tiada cacati
Tiada kekurangan
Namun hati
Punya perasaan
Samada sedari
Atau tak perasan
Tidak seperti
Lebihnya luaran


Memiliki aset rupa yang menarik selalu sahaja didambarkan oleh semua manusia lebih-lebih lagi oleh kaum hawa yang mementingkan kecantikan dan kini kaum adam juga turut sama berlumba-lumba mengkacakkan diri masing-masing. Tiada apa yang mustahil pada masa sekarang, hendak seribu daya sehingga ada sahaja experimental yang dilakukan supaya tidak ketinggalan samada daripada pengayaan bentuk rambut, bertudung,pilihan eksesori,bentuk badan, solekan ataupun gaya pakaian. Banyak tersedia produk dipasaran yang boleh melengkapkan atau memenuhi kekurangan diri, yang penting wang dimiliki untuk membelinya. Sedar atau tidak sedar, berbalik kepada niat yang sebenar, adakah benar hanya untuk memuaskan kehendak diri, ataupun menayangkan kepada orang lain lalu berasa suka dan megah sekiranya dipuji. Apabila perkara ini berlaku juga tanpa dipinta, bersyukur pada yang Esa itulah yang paling sewajarnya dilakukan dengan nikmat sementara dunia. Adalah molek sekiranya kecantikan luaran yang kelihatan adalah berasal daripada kecantikan dalaman semula jadi dan bukannya datang sekadar daripada solekan semata. Kecantikan disertai budi pekerti dan tingkah laku mulia adalah suatu padanan yang sangat sukar dimiliki. Namun, hakikat yang perlu disedari, apa sahaja kekurangan atau kelebihan yang dimiliki hanya akan sempurna disisi Tuhan sekiranya Iman terpelihara dan sentiasa merendahkan diri kepadaNya. Emas dan Perak tiada berharga,hanya budi perkerti yang dikenang sentiasa.

fmy

Friday, August 13, 2010

Fatamorgana


Melayari dunia modenisasi
Seakan satu proses transaksi
Logik penulisan suatu aplikasi
Mampu membuat terminasi
Atau perubahan satu kondisi
Hanya dihujung jari

Kemudahan permodenan dunia banyak menyumbang kepada kenaikan taraf kehidupan manusia menjadi lebih selesa dan mudah . Telah banyak pengusaha melaburkan modal mereka untuk menghasilkan produk-produk canggih berteknologi tinggi sehinggakan sanggup membayar jutaan ringgit mendapatkan jurutera mahir serta sumber bahan berkualiti tinggi bagi merekabentuk alatan supaya diterima ramai dalam fungsi penggunaannya. Hari ini, perlaksanaan kerja yang cepat dan canggih contohnya teknologi perubatan yang rumit, gadget mudah alih telefon bimbit dan komputer, telah banyak memberi kebaikan seperti kelangsungan dalam pengkongsian maklumat dan komunikasi seluruh dunia hanya dihujung jari. Kes pencurian data, lambakkan aplikasi permainan dan hiburan, pemalsuan data dan informasi yang tidak tepat, laman sesawang yang kurang sesuai dilihat untuk golongan bawah umur terumanya kanak-kanak muslim merupakan sebahagian impak secara tidak langsung kepada pembentukan sikap dan pemikiran masyarakat. Tiada guna kemudahan hidup dalam berteknologi tetapi pengisian hidup dicemari oleh pihak yang tidak bertanggungjawab yang secara perlahan-lahan menyesatkan. Langkah mencegah memang diakui sukar dilakukan, lebih-lebih lagi golongan muda kini lebih mendambarkan banyak maklumat terkini dari Barat. Tiada lebih berkesan dalam menghadapi situasi sedemikian rupa, samada menggunakan teknologi moden ini kearah kebaikan atau sebaliknya berbalik kepada diri sendiri yang mampu membuat keputusan. Allah s.w.t Yang Maha Bijaksana telah mengurniakan akal fikiran untuk berfikir, jadi pilihlah mana terbaik.

fmy

Silir


Selisih pandang

Jalan menyebelah

Berjumpa jarang

Nampak tak kisah

Buat tak perasan

Tak berteguran

Terus berjalan

Seorang kawan


Pernahkah terjadi kepada sesiapa yang terserempak dengan mana-mana kawan lama, tetapi melarikan diri,menyorok atau buat seakan tiada mengenali tanpa rasa ingin tegur langsung. Mengapa sanggup sikap ini dilakukan oleh individu sedemikian rupa, dan lebih sedih, jika kawan itu adalah yang sama-sama bersusah payah suatu ketika dahulu. Faktor keperibadian diri pada pandanganku merupakan penyebab situasi. Sikap ini berlaku sekiranya seseorang itu mempunyai sifat seperti perasaan malu dengan masalah dalaman , sombong atau mementingkan diri. Islam begitu mementingkan persaudaraan, lebih-lebih lagi yang telah mengenali satu sama lain. Janganlah kerana cara pergaulan dan kehidupan sudah berbeza, kawan lama dianggap tiada sesuai lagi untuk bersama. Ingatlah doa kawan-kawan salah satu doa yang makbul diterima oleh Allah s.w.t.


fmy

Thursday, August 12, 2010

Tabunan


Panas cuaca

Panas diri

Panas bicara

Panas hati

Sabar sahaja

Penguat diri


Tumpang berteduh dipohonan begitu melegakan dikala berjemur panas terik ditengah kota waktu petang ramadhan kedua baru baru ini mencetuskan idea utk berkongsi pendapat dan pandangan. Kesibukan jalan raya bercampur dengan orang ramai yang lalu lalang kehulur kehilir mencari destinasi, membuatku terfikir, setiap manusia itu mempunyai agenda mereka tersendiri,ada yang sedang mencari pekerjaan, ada yang mencari jalan, ada yang hanya suka berjalan-jalan dan ada juga yang mencari tempat makan. Bukan sahaja tujuan yang berbeza malah riak muka juga turut tiada persamaan. Ada yang mukanya tenang, ada yang bengis, ada yang blur, ada yang buat muka tidak bersalah, tetapi kebanyakkannya muka marah.Mengapa? Sebab panaskah? Sebab puasakah? atau sebab lain.itu tiada siapa yang tahu melainkan diri masing-masing.
Motif entry. Apakan daya seorang manusia, kesan daripada persekitaran seperti cuaca panas, kelam kabut, bercampur aduk pelbagai ragam manusia,manakan mampu menahan emosi melainkan iman yang kuat bersertakan kesabaran. Kebiasaannya manusia yang bersabar ada batasnya, tetapi itu bukan alasan untuk melepaskan emosi kepada orang lain tak kira melalui riak wajah mahupun cara percakapan. Islam begitu indah, mengajar untuk sentiasa menenangkan jiwa samada melalui selawat, mahupun singgah sebentar ke masjid mengambil wuduk sebagai salah satu cara menenangkan ataupun berehat sahaja itu sudah cukup sebenarnya mengelakkan diri daripada keadaan yang tidak selesa.Namun, masih lagi seorang muslim tiada mampu melakukan perkara seringkas ini dengan seribu alasan kesibukan.


fmy

Wednesday, July 28, 2010

Konkurensi

Adat berkumpulan
Selisih fahaman
Ada tersimpan
Ada terluahkan
Difinisi perjuangan
Yang penuh cubaan
Daripada sekecil tugasan
Sehingga sebesar bebanan
Tetap ada yang kehadapan
Walau ada yang
tak boleh diharapkan
Bila tiba masa dinantikan
Tercapainya suatu kejayaan
Hilang segala duka perasaan
Sama-sama semua raikan
Hasil lelahan yang penat berkorban

karya
fmy

Friday, July 23, 2010

Kelih


Selang seli balingan dadu

Giliran gurau dalam kelambu

Dengarkan degil cakap ibu

Suruh belajar tidak mahu

Bila diulang berasa jemu

Bila ditanya tidak tahu

Yang rugi bukan ibumu

karya
fmy

Wednesday, July 21, 2010

Rijil



Manusia biasa takkan tahan

Pabila terima banyak dugaan

Samada berbentuk pujian

Apatah lagi suatu tekanan

Bulan yang berganti bulan

Kini syaaban tiba tiada perasan

Berebut-rebut buat persiapan

Menanti datangnya ramadhan

Namun niat kadang berlainan

Hendak puasa atau makan

Menunggu bazaar penuh jualan

Peluang buat keuntungan

Niat murni tersasar jalan

karya

fmy

Tuesday, June 29, 2010

Kelip-kelip


Kenangkan tak tahan
Sebutkan tak lalu
Merajuk perasaan
Haluan tak tentu
Kembang bunga
Dalam cawan
Kacang berlilit
Di batang haru
Intai burung dihalaman
Bercerai kasih tidak mahu
Hendak bercakap
Tak keberanian
Bertukar ganti lidah kelu

karya
fmy

Tuesday, June 15, 2010

Origameyyh



Lipatan kertas yang menghasilkan suatu bentuk kadangkala begitu menarik dan diluar jangkaan dimana ia mampu sebenarnya dilakukan melalui penilitian untuk menentukan sudut tepat dengan disertakan amalan matematik yang secara basicnya berfungsi mencipta digram atau apa jua bentuk yang ingin dicipta. Design atau reka bentuk bergantung kepada keupayaan bilangan minimum parameter kertas yang pada penyudahan geomatriknya nanti dapat dipegang dengan mudah serta stabil dalam persembahan. Matlamat penghasilan hasil kerja yang lebih dikenali sebagai origami ini ialah menukarkan sehelai kertas yang rata kepada suatu model bermula dengan teknik melipat tanpa menggunakan sebarang alat guntingan atau gam untuk mencantum mana-mana bahagian tertentu. Kebanyakkan origami kini semakin dipelbagaikan daripada aspek bahan asas dimana bukan sahaja kertas malah penggunaan lipatan kain atau apa jua material telah berjaya direalisasikan menjadi barang perhiasan origami selepas didekorasikan sehingga tampak menarik.
fmy

Thursday, May 13, 2010

Creative Living



I loike this


Persekitaran yg nyaman pasti dapat menyejukkan hati dikala memerlukan ketenangan dengan merehatkan diri dan bersantai sambil menikmati suasana tersebut. Cetusan idea yang terhasil melalui penilitian pelbagai aspek samada sudut cahaya, udara memungkinkan ia menghasilkan pemandangan dan gaya susun yang cantik dan diminati. Sehingga kini ada yang telah menjadikan ia sebagai suatu hobi dan career tertentu mereka dan makin diminati ramai tidak kira umur. Ia menjadi daya tarikan utama sebagai penyeri sesuatu ruang didalam rumah atau dipejabat mahupun dimana-mana. Keinginan memiliki ruangan serupa merupakan implikasi daripada hasil kerja kreatif para interior designer ataupun sesiapa sahaja.

fmy

Wednesday, April 21, 2010

Genesis

Baik baik berpandang mata
Mamandang mata membuat dosa
Baru sekali pergi ke kota
Sembahyang pun jadi lupa
Anak orang pandang sahaja
Dampar jauh hati suka
Asalkan boleh membawa gaya
Darah muda diturut jua
Karya
fmy

Monday, April 19, 2010

Ubi


Kisah seorang hamba
Tampak kebanyakkan biasa
Kesana kemari tiada curiga
Senyum tawa seribu makna
Tak mahu hebah cerita
Apa perlu tipu daya
Berdiam diri tahu siapa
Sabar menunggu menanti masa
Hati senang berdiam saja
Sebelum mahu mulakan bicara
Hormat pada tua dan muda
Tetap bersama tanda sejiwa
Beza pula seorang hamba
Suka seronok yang sementara
Datang ke langit merindu dunia
Ingin tahu malu pula bertanya
Berlagak seperti tahu segala
Kaya dan miskin mana sama
Orang tak berilmu meraba-raba
Yang berilmu pula byk ujiannya
Cuma kadang terlupa yang membeza
Iman dan Takwa pada Yang Esa

Karya
fmy

Tuesday, April 6, 2010

Presario


Kau punya aku punya

Sama sekerat kita bahagi

Sedang kecil menurut ibu

Sudah besar ikut laki

Sekali sayang sekali benci

Orang kasih memang begitu


fmy

Tuesday, March 30, 2010

Morning dream


Mata celik dipagi hari
Merasa dingin
Terbayang si dia disisi
Mengudang senyum kecil
Terbawa tidur kembali
Hadirnya kini
Dalam mimpi disiang hari
Sungguh indah
Sampai tiba terjaga
Tiada dibuai lagi
Matahari pun sudah meninggi
Mula sedari
Alangkah baik ianya realiti
Harapan suatu yang pasti
Bukanlah sekadar mimpi
fmy

Saturday, February 27, 2010

Lantas


Susah dulu senang kemudian
Bermain-main difikiran
Keliru membuat terbaik pilihan
Diburu khayalan sendirian
Cita-cita yang menjadi taruhan
Mungkin masih tiada tekanan
Terus enak dibuai perasaan
Sedar sebelum membebankan
Luruskan semula suatu perjalanan
Masa yang kian cemburuan
Elak diri daripada kejatuhan
Cepat bertindak tanpa alasan
Berkat doa dan kesungguhan
Pasti menempa kejayaan


Karya

fmy

Saturday, February 20, 2010

Intan delima


Baik-baik memilih intan

Jangan terpilih batu delima

Manakan bunga tak layu

Embun menitik ditempat lain

Indahnya satu bantal berkepala dua

Mengapa masih seorang rasa merana


fmy

Wednesday, February 10, 2010

Ceruh

Bunga lalang berterbangan
Padi pula terkulai tangkainya
Ditiup dengan angin yang sama
Cuma membeza apa hasilnya
Tiada guna berangan-angan
Dekat masih belum dimulakan
Yang jauh pula sibuk difikirkan
Selagi tiada dikotakan
Jangan hanya tahu mensensasikan
Karya
fmy

Friday, January 29, 2010

Hearthink


Cinta itu indah belaka

Tiada mudah milikinya

Cinta itu tercipta

Bukanlah direka

Jika rupa dan harta

Jadikan peranan

Bersedia untuk hati

dipermainkan

Selagi boleh tahan diri

Teruskanlah bermimpi

Jika setia dan jujur

Jadikan pilihan

Itulah bahagia tiada tandingan


Karya
fmy



Wednesday, January 27, 2010

Range


Idola dicari mengapai mimpi

Cuba jadikan diri sendiri

Banyak usaha mempelajari

Tetapi masih jua sukar miliki

Tiada kemampuan lagi

Menjadi sempurna seperti dihajati

Mencuba sehingga suatu lama

Akhirnya dipakari

Baru sedar lebih baik diri sendiri
Karya
fmy

Tuesday, January 19, 2010

Attitudes


Mata menunjukkan emosi

Suasana yg berbeza-beza

Senyum tawa dan bicara

Bukan sama setiap situasi

Tampak luaran indah sekali

Sendiri tahu isi hati


karya
fmy

Thursday, December 31, 2009

Fajar januari


Langit membiru terkandung hiasan

Ceraian gelap kepada terangan

Butiran menawan bintang pagi

Makin pudar tak kala mentari

Kembali membangkitkan

Rakan sehamba dikasihi Ilahi
karya
fmy

Saturday, December 26, 2009

Discovery


Mempersona rembulan terang

Membulat menerangi keheningan

Malam menyelubungi kesejukkan

Menusuk dalam hingga ketulang

Sampai tiba suatu ketika tak bertahan

Menukar pertukaran manusia haiwan

Sayup kedengaran nyalakkan

Misteri tersirat seperti berlakunya inkarnasi

Yang menyuntik inokulasi

Beraksinya melebihi tenaga hakiki

Sifat tak kala sumpahan terus kontinuiti

Di malam hari hanya penuh meditasi

Memburu makhluk terbangan entiti

Penghisap darah diawasi

Tiada konfrontasi mengenainya

Sentiasa menjadi perlindungan diri

Tiada bercerita simpan sahaja

Hanya tercinta sedia dikongsi bersama

karya
fmy

Sunday, December 20, 2009

Hanya hamba sebermula

Buruk besi
Warna karat
Hina manusia
Miskin kedana
Basi nasi
Berulat-ulat
Layu pokok tak baja
Mengatai
Serba kurangnya
Bukan Nabi
Tiada sempurna
Karya
fmy

Monday, December 14, 2009

Refresh


Learn how to appreciate who love us not to use us :)

Friday, December 11, 2009

Kejarkerja


Ada orang berkerja
Hanya wang tujuannya
Ada orang berkerja
Cuti sem dah bermula
Ada orang berkerja
Bila bosan melanda jiwa
Ada orang berkerja
Pengalaman dicarinya
Ada orang berkerja
Hanya suka-suka
Ada orang berkerja
Kerana terpaksa
Ada orang berkerja
Dipaksa-paksa pula
Ada orang berkerja
Tunjuk lagak sahaja
Ada orang berkerja
Mengejar cita-cita
Ada orang berkerja
Bersusah payah usaha
Ada orang berkerja
Nak yang senang belaka
Ada orang berkerja
Tiada gajinya
Sekurang-kurangnya
Mereka berkerja
Dari duduk termenung sahaja

Sunday, December 6, 2009

abc..xyz


ey..bee..see..dee..ie..eyf..gee..hech..eye..jay..kay..ell..am..and..owe..pee..que..are..ass..tee..you..vi..double you..ex..why..zi

gunaannya terlalu kerap..tapi npe tiada hari untuknya disambut..hahaha sebagai contoh hari abc sedunia dgn nyanyian lagu yang dari anak kecil smpai tua pn tahu..terima kasih wahai huruf..kerana perananmu mesejku sampai.. :D

Friday, December 4, 2009

Suatu Mendung


Ruyup mentari
Kedengaran
Kicauan
Si burung nuri
Melihatnya
Berterbangan
Formasi
Lekas kembali
Ke sarang
Di meranti
Sayup suara
Panggilan illahi
Merayu hamba
Menghadap Rabbi
Mendung menggelap
Menyelubungi
Tukaran malam
Yang sebelumnya
Siang terang
Tiada takuti
Yang kini
Dikelilingi
Makhluk entiti
Gerakan diawasi
Tiada dampingi
Definisi
Suatu corak
Realiti
Rutin diulangi
Setiap hari

karya
fmy

Thursday, December 3, 2009

Persis


Berjalan-jalan
liku sempadan
tiada halangan
kuat pegangan
Sampai tiba
tempat impian
bertambah semangat
mengubah haluan
Memikirkan seriknya
air mata bertakungan
selama diri
dunia diperhambakan
Menjadi harapan
hari ini
menempa kejayaan
jilid kehidupan
sentiasa kehadapan
menyelak suratan
Tersirat menginsafkan
Menyembuhkan
Menahan
Selagi
Hayat
Dikandung badan

karya
fmy

Saturday, November 21, 2009

Journey



The journey of no where


Man always confuse


The awareness too shalow


But they too boasting


They move and walk


Around the world


Without knowing


The air they use


Water they drink


The food they eat


Belong to


The great mighty


And merciful god


No one but Allah



fmy

Tuesday, November 17, 2009

Look Key Son


When phirdote drawing a potret..
:)

Monday, November 16, 2009

Meresap


Pelita sudah jarang digunakan
Majunya berubah suatu kehidupan
Dari permulaan sengsara rasa
Anak cucu kini terima bahagia
Senang merasa segala-gala
Cuma jangan menjadi hamba alpa
Akibatnya pelita diguna semula


Karya
fmy