Ahad, 15 Januari 2017

Abah turn 70


Abah,

Disebalik wajahmu,
Terselindung banyak harapan,
Menjadikan ku anakmu,
Berguna dengan kejayaan.

Abah,

Aku hiba aku pilu,
Melihatkan saban hari,
Kau terus menerus membantuku
Dengan tubuh tua itu.

Abah,

Tak pernah kau kata carut,
Tak ada beriku parut,
Aku anakmu yang degil,
Aku sering kali membuat batil

Abah,

Hadiah teristimewa,
Tiada siapapun dapat menganti,
Harini ku mahu kau senyum tawa,
Balasan budimu tiada penghabisan

Abah,

Doa sentiasa  ku tadah memohon
Agar kau sentiasa dilindungi
Selamat dunia akhirat
Semoga kita berjumpa
Kelak di syurga
Bersama Mak 
Serta seluruh keluarga
Bahagia disana.


Daripada
Anakkmu,

Firdaus.
Khamis, 11 Jun 2015


 Bumi diperkosa
Manusia bersama jentera
meletak hak mempamerkan
Ketamakkan 
 parah berlebihan
Terang-terangan
Kau ditindas diperguna
Terpaksa muntahkan 
Kembali balasan 
Bencana mewakili kesedihan

fmy
Isnin, 30 Mac 2015


Boleh beritahu
Tak akan berlebihan
Boleh luahkan
Tak akan buntu
Kerana kau juga berjiwa
Kerana itu kau mampu mendua
Kerana ingin mencuba

fmy
Ahad, 8 Mac 2015

Dominasi tubuh kerjakan tanah
Daripada pagi sinambung bersabar
Sehingga terik hari dah tengah
Sesuatu damba tetap hati mengejar
Tak lelah menadah tak jelak serapah
Tuhan Maha Adil Tuhan Maha Dengar
Berjerih payah untuk selesa dirumah
Tak kisah pekung berjemur diluar

fmy
Isnin, 5 Mei 2014


Menjalani kehidupan makin senja
Bila gelap telah menimpa
Tak sabar menunggu fajar besok tiba
Kerana duniawi ini banyak tipu daya
Ku serah pada Tuhan menilainya

fmy
Rabu, 15 Januari 2014

Ibarat buluh perindu
Berdagang minyak
Berdagang suara
Indah suara merdu
Memanjang banyak
Penggemar suka
Sungguhpun begitu
Niat mungkin tak nak
Maksiat tetap ada
Untuk wanita tahu
Gara-gara api melanyak
Lalaikan dek suara
Untuk para ibu
Pedulikan anak
Tingkah penting jaga
Untuk generasimu
Berselawat banyak
Bukan nyanyi saja

fmy
Selasa, 14 Januari 2014


 Darah setampuk kurang pengalaman
Ibarat umur bertukar muda
Bentuk tema fungsi penyebaran
Bijak dikarang melipur lara
Hasil pinjaman tulisan Quran
Asimilasi berbeza budaya
Memuncul jawi karya warisan
Bahasa lama kian ditinggal lupa

fmy
Sabtu, 11 Januari 2014
  
Mata melawan arah jam
Sekali berpusing seluruh anggota
Inikan pula makan hasil yang haram
Darah daging jadi warisan keluarga
Satu langkah dan pergerakan
Berantai sama saksi yang setia
Dicatit tak padam walau pujukkan
Itulah dia hikayat bacaan disana

fmy


  
Maha Bijaksana wahai Tuhan
Kerdilnya hamba ilmu fikiran
Penyataan permasalahan
Dibuat sebuah kajian
Teliti struktur penilaian
pertama kedua sumber dapatan
mampukah menjawab akar persoalan
ketahui khusus faktor rangsangan
Atau menjelas kesan sampingan
Penyelidikan ini berpanjangan
Apa jua hikmah fungsi kejadian
Tidaklah ia sia sia penciptaan
fmy

Sukarnya berjalan didalam air
Walau dendam senang saja gunakan sihir
Lebih elok menguak lentang
Mata tak dengki cuma nampak langit terang
Itukan adat itukan caranya
Dendam puas tak dapat, yang dapat berdosa

fmy
 
;